Tidak terlambat lagi rasanya untuk ciklee mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua sahabat-sahabat pembaca di luar sana. Semoga kita keluar daripada kelas tarbiah Ramadhan sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa. Kerana itulah matlamat utama yang telah disetkan.
Tak sangka. Rupa-rupanya dalam 2 minggu ciklee bercuti rehat dari mengikuti harga pasaran emas dan jual beli emas, harganya ternyata melambung-lambung tak ingat perginya. Hati ini begitu 'gumbira'. Namun dalam masa yang sama turut bimbang.
Yalah, gumbira kerana nilai emas yang dipegang telah naik dengan begitu cemerlang sekali. Bimbang pula kerana takut tak mampu lepas ni nak beli emas lagi pasal emas makin lama makin mahal. Ialah ketika entry ini ditulis harga emas 10gm sahaja dah mencecah rm 2032. Berbanding 3 bulan lepas harganya hanya sekitar rm 16++.
Pengajaran yang ciklee dapat. Tak kira beli masa bila pun, harga emas akan tetap mahal. Pasal emas tidak boleh dicipta. Ianya adalah sumber yang terhad dan akan terus menjadi rebutan sampai bila-bila pun. Ialah, kalau dah namanya manusia segunung emas pun tak cukup, lagikan dua gunung emas.
Jadi, istiqamahkanlah diri anda tidak kira sebagai pelabur atau peniaga untuk terus menyimpan emas. Tidak hairan jika satu masa nanti harga emas boleh mencecah rm300/gm. Persoalannya harga itu akan dicecah lambat atau cepat sahaja.