Salam kepada semua,
Sekadar berkongsi secebis pengalaman hidup saya. Yalah - yang baik ambil buat pedoman, tak baik jadikan sempadan. Satu ketika, tiba-tiba minat untuk menjadi pelabur itu berkobar-kobar dalam hidup saya. Saya mesti mengubah cara hidup saya. Kalau saya nak keluar daripada jadual waktu hidup yang statik masa itu, saya mesti lakukan sesuatu.
Jadi, saya mulalah membaca buku-buku berkaitan kewangan dan pelaburan. Hidup saya ini perlu dibereskan. Hutang keliling pinggang, kerja tak tentu masa. Semuanya di luar kawalan saya. Jadi untuk mengubah diri saya - saya mesti mengubah sesuatu yang di dalam kawalan saya. Di situ, saya terjumpa buku 'rich dad, poor dad' yang mana bagi saya wajib dibaca oleh setiap orang yang ingin membebaskan diri daripada hutang.

Betullah, zaman dulu-dulu orang tak berhutang sebanyak orang-orang zaman sekarang. Tapi sebelum kita dapat membebaskan diri daripada hutang dan menyelesaikan masalah kewangan, kita kena ada ilmu. Ilmu kewangan! Ilmu ni kebanyakannya tidak di ajar di sekolah. Mengapa pula begitu. Memang adanya satu agenda(rahsia kot) supaya kita akan terus bekerja seumur hidup untuk membayar hutang-hutang yang kita dah buat. Tahu-tahu kita pencen dan umur pun dah makin tua. Banyak perkara kita tak sempat buat dan amal kita pun bukan banyak sangat - kurang lagi adalah.
Jadi, salah satu sebab saya ingin ingin mengajak rakan-rakan untuk terlibat sana di dalam simpanan/pelaburan emas kerana ianya tidak merugikan kita. Pendek kata, tiada kepentingan diri atau agenda tersembunyi dalam pelaburan ini. Kita beli emas dapat emas. Simpan emas insya Allah harga emas sentiasa stabil dan naik. Kalau duit kertas nilai susutnya dasyat sekali dan inflasi juga semakin meninggi setiap hari.
Nanti kita sama-sama berkongsi pengalaman saya dalam bidang pelaburan yang lain. Akhir kalam, ilmu itu penting. Jadi jangan kita kedekut duit untuk beli buku dan membaca buku-buku yang dapat menambah ilmu kita. Kalau boleh jangan 5-6 biji, beratus-ratus biji buku pun tak apa. Kita tak rugi kerana ilmu dapat menjaga kita. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Insya Allah.