Kadang-kadang kita melihat, tapi tidak nampak. Kita tahu, tapi kita abaikan. Begitulah juga dengan diri saya sendiri. Dan mungkin juga tidak terkecuali dengan rakan-rakan yang lain. Saya mengetahui lama dahulu bahawa duit kertas yang ada di tangan saya itu tidak bernilai dan bukan nilai sebenar. Tapi saya buat 'dek' saja dan saya tidak buat apa-apa untuk menanganinya.
Zaman dahulu saya tau kerajaan-kerajaan Melayu lama menggunakan emas dan perak sebagai mata wang. Tapi dalam fikiran saya ianya hanya sekadar sejarah, kerana mana ada hari ini orang menggunakan emas dan perak lagi. Zaman nabi dahulu emas dipanggil dinar, perak dipanggil dirham. Saya tahu itu pun melalui cerita-cerita Allahyarham P. Ramlee.
Tapi kini saya tahu. Dinar dan dirham inilah wang sebenar. Wang yang ada nilai. Kerana nilai dinar dan dirham ini daripada zaman dahulu sampai zaman sekarang, nilainya tetap. Sukar dimanipulasi. Yang berubah adalah nilai wang kertas atau wang fiat. Jadi saya mengajak rakan-rakan diluar sana supaya kita kembali menggunakan wang dinar dan dirham.
Kini masanya untuk kita kembali menyimpan dan menggunakan wang emas dan perak. Buat masa ini ia juga boleh digunakan sebagai elemen pelaburan dan keuntungan. Apa pun yang penting, kita sama-sama usaha supaya dapat simpan, tidak sedikit - banyak sebagai persiapan terhadap ekonomi semasa yang tidak menentu ini.

No comments:
Post a Comment